CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

kadang-kadang..

kadang-kadang aku harap sangat semua orang sekeliling boleh faham aku. sebab kadang-kadang aku nak orang lain rasa apa yang aku rasa. tapi mustahil. sukar. herghh, =,=

kalau boleh aku nak cipta satu 'remote control'. boleh aku kawal dunia. tekan butang sesuka hati. kawal gerak-geri manusia. hati pun tak sakit. tapi aku tahu, itu mustahil. Allah Maha Berkuasa.

fikiran karut malam-malam macam ni. mengharapkan ada keajaiban dalam hidup. muncul satu demi satu cerita baik tiap hari. itu hanya angan. hidup ini kan roda. kejap di atas, kejap di bawah. ada turun naiknya. hari ini hari aku, esok lusa hari kau.

aku nak itu, aku nak ini. susah. susah nak dapat. bukan sekelip mata.

kadang-kadang aku teringin jadi kaya. duit beribu, berjuta. apa yang aku nak, tercapai. tak perlu berfikir panjang. duit berjuta, mana mungkin habis. tapi bagai tak ada guna dikeliling duit berjuta, kalau iman di dada secebis pun belum tentu ada.

kalau aku ambil jalan singkat, esok aku merompak bank. berjuta-juta aku kaut.

hanya provokasi aku lemparkan. mustahil aku merompak bank. karut. lebih baik membanting tulang empat kerat memerah keringat hingga ke mati, daripada merompak wang haram. sekelip mata jadi kaya tak ada guna kalau sekelip mata iman itu hilang.

kadang-kadang manusia tak pernah puas. melenting lihat orang lain yang lebih dari mereka sendiri. hati kelam penuh hasad dengki. asyik pertikai hasil usaha orang lain. mengapa tidak berubah?

ini entri malam. penuh tanda tanya. aku gadis lima belas tahun, berbicara seperti ini? ikut suka aku. terserah pada aku. kritik adalah jalan mudah membawa kita berfikir dan terus berubah.

nota kaki : apa yang ditulis di blog adakalanya tak benar. bukan maksud aku palsu. tapi jangan perbandingkan aku dengan apa yang aku tulis.

maafkan aku ...

Terasa ingin menulis satu cerita indah di sini. bercerita sambil mengukir senyum manis buat kalian. tapi aku tak mampu. hati bagai tak tenang. jujur aku kata, tiada senyum yang diukir bibir ini. tak perlu aku hipokrit pada semua. berlindung di balik penipuan wajah. cukup kalau aku berkata yang jujur, berterus terang..

mungkin hari-hari aku sunyi. duduk sendirian. ditemani kerja rumah di hari-hari aku. aku buang ego. aku rendahkan hati. membuat satu permintaan pada kalian, maafkan diri ini. semakin sedar, aku kini semakin jauh dari aku yang dulu. duduk sendirian, menilai satu persatu apa yang terjadi di hari yang lalu. bicara aku adakalanya terlalu kasar. mungkin ada hati yang terguris dalam aku tak sedar. rajuk aku adakalanya buat kalian rasa benci. ya, mungkin banyak silap aku di hari-hari lalu.

tiada manusia yang sempurna. sebaik-baik ciptaan Allah, pasti ada kekurangannya. tak kira cantik dan kaya sekalipun, ada juga kekurangan di sebaliknya. jangan mudah menilai orang lain. baik buruk pun manusia, siapalah kita untuk menentukan kedudukannya di akhirat kelak.

dua hari yang lepas, sengaja aku menulis status di mukabuku..

aku : ...tak tau nak taip apa dah.

dia : kau tengok la 'blue' macam kau selalu tengok tu.

aku : ???

dia : ala.. kau buat-buat tak tau pulak kan..

aku : aku tak tengok pulak benda-benda macam tu. choii la kau ni.

dia : apa choii?


hati panas bagaikan mahu terbakar rasanya. satu fitnah dan mungkin juga gurauan yang sengaja dibuat teman mukabuku merangkap kawan sekolah di status aku. ya, aku bengang. satu perkara yang aku tak pernah buat tapi dituduh mengikut rasa hati seenaknya.

aku : aku dah mula pandang serong pada kau. mungkin kau yang menghabiskan masa lapang kau dengan itu.

dia : jadi??

aku : bertaubatlah..

dia : kau pun bertaubat jugak!

aku : kau memfitnah orang lain satu dosa. kau buat benda tu pun satu dosa jugak. tak apa. aku sentiasa mendoakan kawan-kawan aku supaya berubah.

dia : jadi kau nak katakan kau baik? tak pernah buat dosa? tak payah bertaubat? kau memang confirm tak masuk neraka la kan. bagus la kau ni. bagus sangat!

aku : aku tak kata aku baik. semua manusia tak sempurna. semua manusia buat silap. aku bukan nabi. aku bukan maksum. siapalah kita ni untuk menilai manusia lain sama ada masuk neraka atau tak. betul?

tak perlu aku cerita panjang lebar. jujur, aku tak suka bergurau secara berlebihan. jiwa aku sensitif. mudah terasa. kalau pun dia hanya bergurau, tapi kalau melibatkan maruah, mungkin aku tak akan terima sebagai gurauan. bergurau biar pada tempatnya.

pesan aku, jagalah hati sendiri dulu sebelum hati orang lain. tegakkan diri, walaupun kata itu sedikit pedas, biarkan.. bukan bermaksud aku ego. tapi lebih baik menegur daripada menyimpan dalam hati. katakan yang benar walaupun hakikatnya pahit.

maafkan aku sekali lagi..

nota kaki : seminggu handphone dimatikan. maaf.. :)

bercuti dengan buku :)

yeah! .Assalamualaikum..

hye blogger,readers sekalian~ poyo je Da lama rasanya x membebel di blog ni.ok.memandangkan cuti sekolah da mula..mesti ramai yang happy~ wah@! macam nak lompat-lompat ja~boleh kuruskan badan sikit tapi cuti skola nie seminggu jek! bukan sebulan,jauh sekali 9 bulan bersalin boleh la cuti 9 bulan ok bukan pasal cuti sekolah yang aku nak story mory nih,baru mukadimah saja

cuti sekolah nie.berkabung dengan homework jelah.coz semua orang busy.tak de orang nak bawak aku jenjalan macam dulu.baru je list down plan2 nak buat time school holidays nie.but semua cancel.waa stress ni since semua orang da naik pngkat, sibok dengan kerja-kerja dan kerja.no time nak dengar luahan perasaan daughter dorang..ceh poyo ok lupakan~


Best nye cuti sekolah ni Tak le aku penat nak iron baju bebanyak dan tekejar-kejar waktu.nak cakap pasal masa memang tak cukup.kalau sekolah,dengan kelas tambahan nya.fuhh! penat ko! tapi cuti-cuti nie pun tak best jugak.seminggu jek! tak boleh nak enjoy macam form 2 dulu.bole enjoy sampai satu sekolah kenal aku .sampai masuk rekod disiplin kot, ok stop! cerita dulu..jangan ungkit

see comel kan burung tuh :) creadit to: pakcik google!


tapi sekarang,hanya aku dan buku uwaaa nak kena buat homework setinggi gunung kinabalu,ya saya ulangi setinggi GUNUNG KINABALU bayang kan~ waaa.hiperbola gila ayat.


ok stop membebel kat belog ni,kerja tak jalan jugak :)




nota kaki: "cikgu nanti bagi HOMEWORK setinggi gunung everest pulak taw.saya tak kesah
bagi lagi banyak,
lagi saya saya sayang cikgu" :)

perempuan dan banyak bekas kekasih.

tiba – tiba tergerak nak post entri lagi. nampak sangat aku dah bosan tahap dewa dewi. kali ni nak cerita pasal perempuan dan memandangkan aku pun perempuan, dah tentu la aku lebih arif dalam hal ni berbanding lelaki. ceh,poyo

adat la bila bercinta, lepas tu putus. yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pulak yang tak ada ikatan yang sah. itu bukan hal yang aku nak ketengahkan kat sini.

apa pandangan kau dan orang, bila seorang perempuan yang pernah couple sampai 7 – 8 kali atau lebih daripada tu? couple dengan seorang mamat ni, sebulan lepas tu terus putus. sebulan lepas tu jugak terus dapat pengganti baru. macam ganti baju pun ada. dia pikir macam membeli – belah kat baju bundle kat pasar malam ke apa?

mungkin korang akan cakap, perempuan jenis ni sebenarnya playgirl. tak pun, korang akan cakap perempuan yang macam ni jenis yang nak test market je. mentang – mentang ada rupa, cantik, pandai.. senang cerita semua perfect, terus list – kan sparepart yang patut ada dalam carta. what the..?

perempuan yang ada sampai 7 – 8 bekas kekasih ni, mungkin korang akan anggap dia murah gila! senang je nak dapat. dia pun senang je nak bagi hati kat orang lain. baru lepas putus, kenal – kenal dengan sorang mamat ni, then bagi ayat – ayat cinta sikit, terus couple. lepas tu putus, dan terus dapat baru. macam roda basikal pulak. ada kitaran – kitaran macam tu.

perempuan dan banyak bekas kekasih.

jangan salah faham. aku taknak cerita la pasal perempuan playgirl, kikis duit lelaki, nak test market, materialistik bagai. itu lantak diorang la. yang aku nak cerita sebenarnya kat sini, bila perempuan yang betul – betul nak jadi setia tapi ada banyak bekas kekasih. perempuan yang betul – betul nak serius dalam hubungan diorang tapi ada banyak bekas kekasih. perempuan yang betul – betul ikhlas dalam hubungan diorang tapi ada banyak bekas kekasih.

selalunya, perempuan yang banyak bekas kekasih ni, ada cerita silam diorang yang tersendiri. dan selalunya, perempuan ni yang tinggalkan kekasih diorang. mungkin pengalaman cinta pertama dia yang pahit. siapa tahu?
kalau korang ada girlfriend yang ada banyak bekas kekasih, berjaga – jagalah! haha. itu kalau yang memang playgirl. kalau yang macam aku maksudkan tadi, lebih baik korang jangan letakkan kepercayaan korang pada tahap paling rendah bawah tapak kaki terhadap dia. janganlah korang sampai tak boleh nak percaya dia langsung. cuba faham hati diorang. diorang pun tak mintak ada banyak sangat ex.

jangan terlalu mencari kesempurnaan.

dah. lepas ni nak buat cerita pasal lelaki dan banyak bekas kekasih. sebab lelaki selalu ditinggalkan. eh?

nota kaki : nak golongkan aku dalam perempuan jenis ni? . mungkin ya. entah,masa aku zaman jahiliah dulu pernah la... tapi jujur, aku tak suka ungkit perkara silam,

nak balik!

first macam ni

wayar dalam otak aku hampir terputus dan hampir effect pada mata

effect pada hati dan tangan juga

then mula lah rasa nak marah-marah orang..apa tengok-tengok penumbuk nak?

lastly..rasa macam nak bunoh orang.tension nih


mesti kau pening kan..apa laa yang aku meroyan sorang-sorang nie..meh nak story

isk2..isk2..sob2..uwaaaaaaaa!.ok stop! tak boleh sedih weh..belog nie da jadi mengong..hilang habes follower aku yg dlu hampir 1 k isk2..sedih nya..tulah..spa swoh tukar jadi classic template..suka buat-buat pndai..kang da jadi macam nie..sob2..kembali kan..follower aku,lagu aku,text2 aku dlu..even picture aku pun aku nak balek.. nakkkkkkk..balek
nota kaki:maaf kpada sesapa yg aku termarah haritu tension beb!

hati wanita umpama balang kaca


Hati wanita umpama balang kaca,
sekali ia terjatuh,
langsung retak lalu pecah berderai ..
Biarpun dibaiki kembali,
ia tidak akan menjadi seperti rupa asal,
kedapatan cacat, lukanya yang berbekas,
dan tidak lagi bisa digunakan seperti asalnya ..
p/s:
hargailah hati wanita :)

exam da selesai..tutup buku


Akhirnye ! abis gak exam.. da sesak otak aq dok jawab exam ... banyak jugak la ilmu yang aqu sumbat dalm otak supaya ingat tu la kau,telan megi bnyak2 lagi naik juling tengok paper exam..tambah2 maths. 3 mnggu wok ! eh silap-silap 3 hari je 3 hari tak post entry huih~ tak selesa hidup bhai,da lme gak x mnaip kat sini an... busy bce bku ? hak3,, dok eyh.. aq bce bku ? rajin sngat..muka buku pun aq baca sekali..buku bku nan aq bagai lngit nan bumi ! chewah, masok lif tekan sendiri , eyh sala~ berperibahase la ...masok bakul angkat sendiri kui3, aq mls nk online + mls nk mnaip.. so ary nie nk lpas gian ber'facebooking' dan ber'blogwalking' nak join? jum!

nota kaki: ada budak baru masok kelas aqu..comel laa jugak..tergugat saham aqu