CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

maafkan aku ...

Terasa ingin menulis satu cerita indah di sini. bercerita sambil mengukir senyum manis buat kalian. tapi aku tak mampu. hati bagai tak tenang. jujur aku kata, tiada senyum yang diukir bibir ini. tak perlu aku hipokrit pada semua. berlindung di balik penipuan wajah. cukup kalau aku berkata yang jujur, berterus terang..

mungkin hari-hari aku sunyi. duduk sendirian. ditemani kerja rumah di hari-hari aku. aku buang ego. aku rendahkan hati. membuat satu permintaan pada kalian, maafkan diri ini. semakin sedar, aku kini semakin jauh dari aku yang dulu. duduk sendirian, menilai satu persatu apa yang terjadi di hari yang lalu. bicara aku adakalanya terlalu kasar. mungkin ada hati yang terguris dalam aku tak sedar. rajuk aku adakalanya buat kalian rasa benci. ya, mungkin banyak silap aku di hari-hari lalu.

tiada manusia yang sempurna. sebaik-baik ciptaan Allah, pasti ada kekurangannya. tak kira cantik dan kaya sekalipun, ada juga kekurangan di sebaliknya. jangan mudah menilai orang lain. baik buruk pun manusia, siapalah kita untuk menentukan kedudukannya di akhirat kelak.

dua hari yang lepas, sengaja aku menulis status di mukabuku..

aku : ...tak tau nak taip apa dah.

dia : kau tengok la 'blue' macam kau selalu tengok tu.

aku : ???

dia : ala.. kau buat-buat tak tau pulak kan..

aku : aku tak tengok pulak benda-benda macam tu. choii la kau ni.

dia : apa choii?


hati panas bagaikan mahu terbakar rasanya. satu fitnah dan mungkin juga gurauan yang sengaja dibuat teman mukabuku merangkap kawan sekolah di status aku. ya, aku bengang. satu perkara yang aku tak pernah buat tapi dituduh mengikut rasa hati seenaknya.

aku : aku dah mula pandang serong pada kau. mungkin kau yang menghabiskan masa lapang kau dengan itu.

dia : jadi??

aku : bertaubatlah..

dia : kau pun bertaubat jugak!

aku : kau memfitnah orang lain satu dosa. kau buat benda tu pun satu dosa jugak. tak apa. aku sentiasa mendoakan kawan-kawan aku supaya berubah.

dia : jadi kau nak katakan kau baik? tak pernah buat dosa? tak payah bertaubat? kau memang confirm tak masuk neraka la kan. bagus la kau ni. bagus sangat!

aku : aku tak kata aku baik. semua manusia tak sempurna. semua manusia buat silap. aku bukan nabi. aku bukan maksum. siapalah kita ni untuk menilai manusia lain sama ada masuk neraka atau tak. betul?

tak perlu aku cerita panjang lebar. jujur, aku tak suka bergurau secara berlebihan. jiwa aku sensitif. mudah terasa. kalau pun dia hanya bergurau, tapi kalau melibatkan maruah, mungkin aku tak akan terima sebagai gurauan. bergurau biar pada tempatnya.

pesan aku, jagalah hati sendiri dulu sebelum hati orang lain. tegakkan diri, walaupun kata itu sedikit pedas, biarkan.. bukan bermaksud aku ego. tapi lebih baik menegur daripada menyimpan dalam hati. katakan yang benar walaupun hakikatnya pahit.

maafkan aku sekali lagi..

nota kaki : seminggu handphone dimatikan. maaf.. :)

0 comments: