CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

exam da dekat ,otak pikir cuti bukan study!

apa jenis title daa? haha. aku pun tak tau apa yang aku taip ni. tapi kan, aku cuma nak cakap yang sebenarnya aku tengah tension yang teramat ni. aiyoyo. exam kau dah dekat, tapi study rajin sikit, malas banyak. kenapa la before cuti kena exam dulu eh? adoiyaii.. kacau betul la.

nak update blog pun takde idea memandangkan otak aku ligat berfikir pasal maths,english,geo,sejarah,science ouhh, memang best! doakan la aku dapat yang terbaik eh exam ni. amiinn..

busy yang teramat bulan ni. hari-hari pergi kelas tambahan, hujung minggu teknik menjawab soalan, . lalalalala.. tidur pun lambat sebab nak study. takpe takpe. kerja kurus eh tak kerja kursus aku hampir siap! tak sabar nak hantar! /. weee..

good luck ya semua!! :)

peperiksaan pertengahan tahun,buat aku pening :)

kau sedar tak peperiksaan pertengahan tahun (PPT) tu dah dekat sangat. selang dua tiga hari lagi kau dah nak masuk dewan exam. kau sedar tak? ke kau sengaja buat - buat lupa? ke kau buat bodoh ke apa? kau pikir kau dah genius sangat? tak payah belajar? macam tu? Mentang lah kau da dapat result OK tu kau rasa dah bagus? Kalau tak usaha kau boleh jatuh, kau tahu.!


Bila fikir pasal PMR,tahap bebal aku menjadi - jadi bila aku cuma menghadap facebook je. Tapi aku janji aku akan tingkatkan pelajaran aku.ok, fine! aku nak p belajar. okbai.


entri ini!



=="

mak,you're the best mom! i love you!








jom join bloglist Pilihan Wanita Askrie Hishamuddin

Syarat-syarat penyertaan:

1. Blogger mestilah wanita, perempuan, gadis, ladies, girl, awek.
yes,i am

How to join?

1. Buat satu entri khas "jom join bloglist Pilihan Wanita Askrie Hishamuddin"
DONE

2. Follow blog ini. Ala, bukan susah pun nak follow kan? Just click button follow kat sidebar tu je. Kalau tak nak follow, klik "like" facebook Askrie Hishamuddin fan page. Either one okay! Kalau nak follow dan like pun boleh jugak! xoxo
sudah lama follow,baru terbuka hati nak join bloglist ni,syukur,hihi :)

klik sini!

3. Copy paste header ini and please be ensure that header di bawah ini link dengan blog ini.
DONE :)


4. Give me a reason/s why should I choose you as my bloglist. Kalau korang rasa soalan ini terlalu mencabar minda, maka abaikan. Kalau korang nak ambik hati aku, korang boleh puji-puji aku kat dalam entri tersebut. Depends on your own creativity.
sebab first time join bloglist dalam blog orang lelaki, dan teringin nak rasa macamana kalau da tersenarai:) harap-harap lah. AMIN~

5. Sila tinggalkan link entri blog korang kat ruangan comment dalam entry ini.
ok,berjogging semula ke sana

contest blog paling comel



Peraturan join contest

=>Terbuka kepada followers cik CTNhi's sahaja

->Buat satu entri tentang "Contest Blog Paling Comel" dan letak kan banner di atas berserta dengan syarat² berikut

=>Hantar NAMA , ID FOLLOWER dan LINK ENTRI di comment please , NO LINK BLOG

=>Wajib like Ct Nhi's Story

=>Tarikh tutup is 19 May 2011

=>Click Heartbeat Ct Nhi's Story

=>Tag 3 orang and make sure dia orang tahu


hari ni, first time dan seumur hidup aku join contest-contest.aku tahu sebelum ni,aku tak pernah terlibat dengan semua bendalah nie.cehh! poyo.Dan bersyukur jugak lah hati aku da terbuka nak join benda-benda ni.Ok berbalik kepada tajuk,aku join contest adik comel ni CT Nhi's story!

sungguh aku cakap,terkejut aku tengok adik comel ni,baru 12 tahun.Ohmakkau, pengikut dia dah 3 ratus lebih dah,walaweh! ok akak join ye dik

tag : playground ,sugar salt sour,akak strawberry!

untung laa ada orang sayang dia!

untung la ada orang nak sayang bagai kan. kalau sakit, ada orang nak jaga. kalau jauh, ada orang nak rindu, kalau nak lunch, ada orang nak teman. kalau merajuk, ada orang yang pujuk. memang untung la ada orang sayang. kan?

selagi mak ayah aku masih lagi sayangkan aku, memang aku rasa aku beruntung sangat la. betul la kan? untung la ada orang sayang. HAHA. aku mula mengarut dah.

“ai sayang yu bagai nak gila. yu jangan tinggalkan ai tau. ai janji ai sayang yu forever and ever. ai nak sehidup semati dengan yu. tau? tau?”

terharu. kononnya la untung ada orang sayang. nak sehidup semati bagai. forever and ever. bluerkkk! nak termuntah aku!. hekhek. kadang – kadang, bila bercinta memang indah. tengok sekali bila dah bergaduh, mula la keluar ayat benci la, jahat la. ish ish. tulis status dalam facebook ayat berbunga – bunga. yang tersayang baca memang la seronok. orang awam baca, “bapak ah! gila geli minah ni. nak buat manja – manja dalam mesej sudah. bluerkkk!” korang tak payah tipu korang suka nak baca komen – komen antara dua merpati sejoli kat dalam facebook tu. korang kutuk lagi ada la kan? hampeh!


nota kaki : peh! minggu depan exam! buku tah kemana,asyik blogging jeh kau! sudah2,study pulak!



arghh!saya benci segala apa yang melibatkan perasaan.

tak suka.tak suka.tak suka.maknanya,benci,benci,benci.ah,sudah!mula dah saya nak mengarut waktu-waktu macam ni.mahfuzah..kenapa ni?tiba-tiba je..kenapa?story sikit.ececeh..nak pujuk diri sendiri konon.cik fuza,anda dinasihatkan supaya tidak hipokrit dan menipu diri sendiri.ya,saya tau lah.kenapa awak sibuk.diri saya,hati saya..bukan awak kan?

*korang baca je lah.sampai korang tak faham.^ ^

hmm..kenapalah dengan saya ni kan?teruknya saya.ish..ish.betapa bodohnya saya.wah!sekarang baru nak mengaku diri tu bodoh.aiseymann..saya taklah bodoh mana.setakat nak kira 1+1 tu,bolehlah saya dapat jawapannya.

*persoalannya kat sini,takkan bodoh tahap tu kot saya ni??haha.

ok.berbalik pada tajuk entri.saya pun tak tau lah kenapa tiba-tiba je tajuk entri boleh jadi macam tu.hmmm.secara jujurnya,saya memang tak suka ada perasaan[feeling2,cintan-cintun] dan tak suka jadi perasan.hoho.dah pernah jadi ke ni cik fuza???hah.ambik kau,aku tak nak jawab.

maaf pada sape-sape yang saya layan terlebih terkurang.bila dah terlebih,mestilah ada menaruh perasaan[perasan lah tu] dan seterusnya meletakkan harapan yang tersangatlah tinggi macam puncak everest tu.ok.bagi yang terkurang tu pulak,hehe..maaflah.tak sengaja tu.bukan pilih kasih,kadang-kadang takde feel nak layan lebih-lebih,sebab tu jadi macam tu.ahaks!

sebenarnya,apa yang cuba saya sampaikan ni,jangan salah faham dengan layanan diberikan.jangan sangka,dia layan korang manja-manja means dia suka kat korang.dan jangan anggap dia layan korang macam nak tak nak je means dia benci kat korang.again,jangan salah faham dengan layanan yang diberikan.

ok.cukup sudah untuk entri kali ni.daa..

pemadam oh pemadam :)

orang bijak pandai panggil pemadam.kalau orang kampung kata raba[rubber la oii.. otak jangan pikir lain.hehe].omputeh cakap eraser[tanya kat adik pemadam dalam b.i apa?adik kata,eraser la.teruk gila kakak ni tu pun tak tau ke?malu malu.]

time sekolah rendah dulu,pemadam ni kira aset penting la yang wajib ada dalam pencil box tu.mana taknya,dulu dulu kan kalau nak tulis nota yang ada kat papan hitam tu kena pakai pensil.kalau salah,nak padam guna apa?guna pemadam la.tapi kan..pemadam aku ni,asyik hilang je.hari ni beli,hari ni guna,esok dah lesap dah.padahal,jatuh kat bawah meja je.mentang-mentang la pemadam murah.satu seposen je.alaa.. pemadam yang ada banyak gambar kartun tu.ada gambar doraemon la,power rangers la,hello kitty la.murah je kot.tapi cantik.

pemadam jenis ni,perempuan suka la,tapi kadang-kadang menyesak kan nafas jugak ya,

time darjah 3 dulu,pernah tertengok sorang budak ni padam guna air liur je.haihh.tak selero aku nak tengok buku dia.gila comot!selekeh.ada ke padam guna air liur.eii..kot kot la air liur dia tu air liur basi kan.aahhh..geli la.tolong la jangan jadi pengotor macam tu.eh,korang pernah buat eh?alalaaa.. tak nak mengaku pula.saya tak pernah buat ok!buku sayasangat kemas.tulisan bulat-bulat je.wahh!nak bangga sikit.

budak-budak sekolah rendah bawak belanja sehari seringgit.tak kaya dengan duit.tapi boleh kaya dengan pemadam.beli pemadam banyak-banyak.lepas tu kitorang main lawan pemadam.hoho.best ke?rasa bosan je kot.bila pikir-pikir balik kan..kenapa la aku ni bengap sangat pergi main benda alah tu.heh.budak perempuan pun join sama tau.bukan budak laki je.tapi selalunya..budak laki la yang kumpul pemadam paling banyak.ada la jugak dalam dua bekas pensil.boleh bukak bisnes jual pemadam dah macam tu.
tahun lepas kalau tak silap,check beg sekolah adik penuh dengan pemadam.haa..ni yang buat aku membebel sepanjang masa je.orang pergi sekolah belajar,dia pergi sekolah kumpul harta[pemadam].haha.padahal dulu selalu je buat.lepas tu nak membebel kat adik pulak.biasa la budak sekolah rendah.dalam kotak fikiran ni memang ingat nak main je.lepas belajar mesti la nak enjoy enjoy kan.betul tak?

sekarang,bila dah tak lagi jadi budak sekolah rendah ni,takde la buat benda-benda tak berfaedah macam tu.pemadam pun dah jarang nak guna.tulis pun pakai pen,kalau salah,potong je la.kalau rajin guna liquid paper.ok la.tu je yang saya nak cerita hari ni.tepuk tangan semua!yeayyy!dah habis.. :)

hayat di tali gantung

sekadar renungan je..kite pun terbace pasal ni tadi.takut kena hukuman gantung..ngeri sungguh.so,kite nak kongsikanlah ngan korang pasal ape yang kite dah bace ni.dipetik dari .http://www.sepaku.net/roses hukuman gantung


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


PABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.Bagi banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalank pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung).

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50


HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'pergi dengan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Ada sesetengah banduan puas hati dan dikira nasib mereka lebih baik dari orang lain kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila dibuka pintu untuk dibawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan pegawai penjara dengan susana tenang mesra serta ucap kan terima kasih.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.


Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.



BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

mulut orang, memang susah nak tutup..

kadang-kadang orang selalu berkata tentang kita. yang baik, yang buruk. adakalanya sedap didengar. adakalanya sakit telinga mendengar setiap butir kata itu. orang takkan faham apa yang kita rasa. orang tak tahu siapa diri kita sebenarnya. kata-kata orang sukar ditepis. kalau manis bicaranya, syukur. kalau pahit anggapan mereka pada kita, redha. sukar untuk setiap orang mentafsirkan kebenaran. anggapan selalu salah. mungkin bagi mereka, sukar untuk bertanya pada tuan empunya badan tentang kebenaran itu.

kata-kata orang sukar disangkal. baik kita, tak pernah pula dijadikan butir bicara. yang buruk itu, digali sedalamnya. mungkin, boleh jadi gosip hangat. itulah manusia, sekali kita berbuat baik, orang takkan nampak. aku berjalan seorang, berjumpa dengan teman aku yang lelaki itu. mungkin di tepi jalan, bertegur sapa.. apa salahnya kalau itu kawan. tapi, lain pula di tafsiran mereka. esok lusa, ada lagi yang menyapa. kawan aku juga. sekali lagi, lain yang ada di minda mereka. maaf, tafsiran anda salah. mereka cuma kawan yang aku kenal dan tak salah kalau kami bertegur. itu pun dijadikan isu?

manusia selalu berfikiran negatif. membuat andaian tanpa usul periksa. penat mendengar kata orang. biarkan saja telahan itu. mungkin mereka bukan aku. mungkin salah aku juga. ahh. lantak! itu kata aku. mulut orang bukan senang nak tutup. asyik berkata-kata, sampai tak sedar datang satu dosa. tapi, bila fikir bulan baik hari baik, tunggu la raya nanti, hulur tangan, mintak maaf. biasalah tu kan?

kepada hati itu..

kembali solo macam dulu. aku dah serik. cukup serik. tapi degil. sekarang, aku buat keputusan, putus. ya, putus hubungan. patahkan hati orang lain. sakitkan jiwa orang lain.



kepada hati itu, tabahlah. mungkin sukar.

terima kasih kerana kau faham. terima kasih untuk semuanya. aku sedih. tapi aku tahan air mata. ini bukan pertama kali. mungkin untuk kedua kali atau ketiga kali. ke sepuluh kali mungkin.

hati itu terluka. biarkan. dia perlu masa. aku takut ditinggalkan, akhirnya aku yang meninggakan.

biar sakit sekarang.

tak perlu aku cerita panjang. hati itu tahu segalanya.

nota kaki : entah. aku takde mood nak update blog kali ni.

*CAPITAL L* for you!

aku bukan mencari pengikut,tapi pembaca..

malam ini aku bercerita lagi. sudah puas aku bercerita tentang rasa bosan aku. meluahkannya dengan pelbagai cara. dari gambar hinggalah ke suara. belum cukup aku melampiaskan rasa bosan aku di sudut yang aku anggap suatu picisan ini.

aku suka bercerita. juga menulis. menulis sesuatu yang aku mahu. adakalanya aku anggap blog ini sebahagian dari hidup aku. sebahagian dari aku yang melengkapkan sebahagian cerita. ya, mungkin ini juga aku anggap diari. apa yang aku tulis, semua dari hati sendiri. ruang akal yang ligat berfikir mengatur ayat yang akan aku jelaskan di ruangan ini.

aku menulis di sini bukan untuk mencari pengikut. sedikit pun tiada rasa seperti itu di hati ini. cerita yang aku tulis, hanya mahukan sedikit manusia yang meluangkan sesaat duanya di sini untuk membaca segala ekspresi aku tiap hari. itu pun sudah cukup puas bagi aku.

bila melihat yang lain makin taksub mengejar pengikut dan bukannya pembaca, sedikit meluat bertandang di hati. mulut terkumat-kamit menyumbang makian. ahh, itu hal mereka. perlu aku peduli?

ya, aku akui. aku mungkin tiada pengikut di ruangan picisan ini. hanya ada sedikit manusia yang sudi bertandang mata menjengah blog ini. ini mungkin entri meraih simpati. tapi tidak bagi aku. hanya sekadar luahan ikhlas dari hati.

terima kasih pada yang membaca. aku senyum di sini. puas rasa hati bila apa yang dipendam terluah. aku ibaratkan di sini, yang membaca itu adalah orang yang betul-betul menyokong. dan yang hanya bertindak sebagai pengikut tapi tidak membaca hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’,’cakap tak serupa bikin.’ oh, begitulah rasanya.


bawa hala tuju sendiri. aku hanya penulis blog. bukan artis yang dipuja ramai. hanya menulis tentang diri sendiri, bukan soal hidup orang lain. mungkin aku agak keterlaluan bercerita tentang hal aku di sini. tapi, ada yang perlu kisah?

nota kaki : esok sekolah,tapi mata belum terpejam,macam mana ni?









bahasa rempit, bahasa comel, bahasa 'eww'.

tiba - tiba rasa tertarik dengan satu video di Youtube. selama ni aku tengok, blogger je yang sibuk heboh pasal penggunaan Bahasa Melayu. baik cara tulis atau cara cakap. hah, amik kau! muncul sorang mamat ni meluahkan pendapat yang ikut aku memang betul la apa dia cakap.

tulisan kali ni tak macam biasa. malas aku nak berpuitis berjiwang hari ni.

sekarang orang berbahasa ikut suka je. taknak cakap pasal bahasa mat saleh sebab aku pun bukan pandai sangat. cukup kalau kita tengok macam mana orang melayu cakap melayu. aku meluat jugak bila tengok orang sibuk - sibuk nak gatal - gatal tambah "eww" kat belakang ayat diorang tu. baik sms, facebook, ym, kalau boleh dalam karangan pun.

"sapeww nak bawak kiteww jalan2 nieww?"

bahasa comel ke, bahasa gedik? korang pilih sendiri. haha. ada jugak sesetengah blog yang cuba selit - selit ayat - ayat macam ni. terus aku tekan pangkah. bukan nak kata aku poyo ke apa. sebab dah aku tak faham. baik aku blah capat- cepat daripada aku maki - hamun dia. kan?


ni lagi satu, ada jugak yang gatal - gatal tangan tekan shift atau caps lock bila menaip. mungkin dia rasa comel sangat la tu bila taip macam tu. rasa macam lempang je

"aQ wiNdu cgT2 Kt diEeW... bLeww BLey JuMPeww nIEew..???"

baiklah. rasa macam nak lempang jek. sorry emo sikit serious naik juling jugak biji mata aku nak faham apa yang dia cuba sampaikan dalam mukabuku. maaf kak / dik, tak sengaja nak kutuk. memang sah - sah aku terus cop orang yang tulis macam ni gedik.

ada jugak yang suka tekan tanda noktah tu berpuluh - puluh kali. macam ni......... ada jugak yang suka nak tekan tanda soal tu dua tiga kali. macam ni?????????? apa masalahnya? letak satu titik, satu tanda soal dah la. kalau dalam blog amatlah tak digalakkan guna tanda noktah banyak kali, tanda soal banyak kali. faham kan? nak baca pun rasa macam nak mengeja je nanti.

agak - agak macam dah panjang sangat aku taip.

aku pun bukan siapa - siapa nak mengkritik orang lain. aku pun buat sama yang sebenarnya. jadi, ada baiknya kita cuba tulis macam biasa. buat apa nak naik taraf lagi bahasa, kalau dah punya sedap lenggok ayat dia. eh? macam pelik je bunyi.

err.. jangan condemn aku dah la sebab buat entri macam ni.


nota kaki : esok ada exam la,buku tak baca lagi, macam mana ni?. haihhh

time muda-muda dulu,

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban, Suria Perkasa (Baja) Hitam.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...hehehe

creadit to: hencek kamikaze :D

sayang,i rindu u la..

rindu sangat-sangatlah.rindu sampai tahap maksima dah ni.lama jugak pendam perasaan rindu ni.ada jugaklah dalam seminggu.tak tahan rasanya.macam nak gila dah.nyaris-nyaris je kena hantar tanjung rambutan.nasib baiklah doktor psikiatri tu baik sangat-sangat dengan saya ni.

ya!saya rindu blog saya ni.lama sudah tidak diupdate.dah bersarang labah-labah dah blog aku nie.rindu nak mengarang cerita mengarut.rindu nak berblogwalking.rindu nak cerita itu dan ini.ya!rindu sangat-sangat.korang rindu saya ke??macam tak je..saya bukan penulis blog yang famous.jadi,kalau nak update blog seminggu sekali pun takpe kan??kan?

entry macam enn ? hahaha pancing je tu , padahal aku da lama tak update blog , sangat busy oke ! bukan apa , busy dengan study la sangat. teringat nak update blog nie pon sebab aku asyik tengok orang asyik post je blog dorang kat status , terase dengki jugak . Well ! sebenarnya bukan senang nak update blog kalau takde cerita :) heh !


very busy now,herghh~ when you oeverworked yourself, then you will reach the state where you are mentally distressed and exhausted.. that’s what happening to me.ok,malas nak update blog,tapi rajin joging blog orang :)


nota kaki:rindunya..nak blogwalking..blog siapa ye saya nak terjah??

kadang-kadang..

kadang-kadang aku harap sangat semua orang sekeliling boleh faham aku. sebab kadang-kadang aku nak orang lain rasa apa yang aku rasa. tapi mustahil. sukar. herghh, =,=

kalau boleh aku nak cipta satu 'remote control'. boleh aku kawal dunia. tekan butang sesuka hati. kawal gerak-geri manusia. hati pun tak sakit. tapi aku tahu, itu mustahil. Allah Maha Berkuasa.

fikiran karut malam-malam macam ni. mengharapkan ada keajaiban dalam hidup. muncul satu demi satu cerita baik tiap hari. itu hanya angan. hidup ini kan roda. kejap di atas, kejap di bawah. ada turun naiknya. hari ini hari aku, esok lusa hari kau.

aku nak itu, aku nak ini. susah. susah nak dapat. bukan sekelip mata.

kadang-kadang aku teringin jadi kaya. duit beribu, berjuta. apa yang aku nak, tercapai. tak perlu berfikir panjang. duit berjuta, mana mungkin habis. tapi bagai tak ada guna dikeliling duit berjuta, kalau iman di dada secebis pun belum tentu ada.

kalau aku ambil jalan singkat, esok aku merompak bank. berjuta-juta aku kaut.

hanya provokasi aku lemparkan. mustahil aku merompak bank. karut. lebih baik membanting tulang empat kerat memerah keringat hingga ke mati, daripada merompak wang haram. sekelip mata jadi kaya tak ada guna kalau sekelip mata iman itu hilang.

kadang-kadang manusia tak pernah puas. melenting lihat orang lain yang lebih dari mereka sendiri. hati kelam penuh hasad dengki. asyik pertikai hasil usaha orang lain. mengapa tidak berubah?

ini entri malam. penuh tanda tanya. aku gadis lima belas tahun, berbicara seperti ini? ikut suka aku. terserah pada aku. kritik adalah jalan mudah membawa kita berfikir dan terus berubah.

nota kaki : apa yang ditulis di blog adakalanya tak benar. bukan maksud aku palsu. tapi jangan perbandingkan aku dengan apa yang aku tulis.

maafkan aku ...

Terasa ingin menulis satu cerita indah di sini. bercerita sambil mengukir senyum manis buat kalian. tapi aku tak mampu. hati bagai tak tenang. jujur aku kata, tiada senyum yang diukir bibir ini. tak perlu aku hipokrit pada semua. berlindung di balik penipuan wajah. cukup kalau aku berkata yang jujur, berterus terang..

mungkin hari-hari aku sunyi. duduk sendirian. ditemani kerja rumah di hari-hari aku. aku buang ego. aku rendahkan hati. membuat satu permintaan pada kalian, maafkan diri ini. semakin sedar, aku kini semakin jauh dari aku yang dulu. duduk sendirian, menilai satu persatu apa yang terjadi di hari yang lalu. bicara aku adakalanya terlalu kasar. mungkin ada hati yang terguris dalam aku tak sedar. rajuk aku adakalanya buat kalian rasa benci. ya, mungkin banyak silap aku di hari-hari lalu.

tiada manusia yang sempurna. sebaik-baik ciptaan Allah, pasti ada kekurangannya. tak kira cantik dan kaya sekalipun, ada juga kekurangan di sebaliknya. jangan mudah menilai orang lain. baik buruk pun manusia, siapalah kita untuk menentukan kedudukannya di akhirat kelak.

dua hari yang lepas, sengaja aku menulis status di mukabuku..

aku : ...tak tau nak taip apa dah.

dia : kau tengok la 'blue' macam kau selalu tengok tu.

aku : ???

dia : ala.. kau buat-buat tak tau pulak kan..

aku : aku tak tengok pulak benda-benda macam tu. choii la kau ni.

dia : apa choii?


hati panas bagaikan mahu terbakar rasanya. satu fitnah dan mungkin juga gurauan yang sengaja dibuat teman mukabuku merangkap kawan sekolah di status aku. ya, aku bengang. satu perkara yang aku tak pernah buat tapi dituduh mengikut rasa hati seenaknya.

aku : aku dah mula pandang serong pada kau. mungkin kau yang menghabiskan masa lapang kau dengan itu.

dia : jadi??

aku : bertaubatlah..

dia : kau pun bertaubat jugak!

aku : kau memfitnah orang lain satu dosa. kau buat benda tu pun satu dosa jugak. tak apa. aku sentiasa mendoakan kawan-kawan aku supaya berubah.

dia : jadi kau nak katakan kau baik? tak pernah buat dosa? tak payah bertaubat? kau memang confirm tak masuk neraka la kan. bagus la kau ni. bagus sangat!

aku : aku tak kata aku baik. semua manusia tak sempurna. semua manusia buat silap. aku bukan nabi. aku bukan maksum. siapalah kita ni untuk menilai manusia lain sama ada masuk neraka atau tak. betul?

tak perlu aku cerita panjang lebar. jujur, aku tak suka bergurau secara berlebihan. jiwa aku sensitif. mudah terasa. kalau pun dia hanya bergurau, tapi kalau melibatkan maruah, mungkin aku tak akan terima sebagai gurauan. bergurau biar pada tempatnya.

pesan aku, jagalah hati sendiri dulu sebelum hati orang lain. tegakkan diri, walaupun kata itu sedikit pedas, biarkan.. bukan bermaksud aku ego. tapi lebih baik menegur daripada menyimpan dalam hati. katakan yang benar walaupun hakikatnya pahit.

maafkan aku sekali lagi..

nota kaki : seminggu handphone dimatikan. maaf.. :)

bercuti dengan buku :)

yeah! .Assalamualaikum..

hye blogger,readers sekalian~ poyo je Da lama rasanya x membebel di blog ni.ok.memandangkan cuti sekolah da mula..mesti ramai yang happy~ wah@! macam nak lompat-lompat ja~boleh kuruskan badan sikit tapi cuti skola nie seminggu jek! bukan sebulan,jauh sekali 9 bulan bersalin boleh la cuti 9 bulan ok bukan pasal cuti sekolah yang aku nak story mory nih,baru mukadimah saja

cuti sekolah nie.berkabung dengan homework jelah.coz semua orang busy.tak de orang nak bawak aku jenjalan macam dulu.baru je list down plan2 nak buat time school holidays nie.but semua cancel.waa stress ni since semua orang da naik pngkat, sibok dengan kerja-kerja dan kerja.no time nak dengar luahan perasaan daughter dorang..ceh poyo ok lupakan~


Best nye cuti sekolah ni Tak le aku penat nak iron baju bebanyak dan tekejar-kejar waktu.nak cakap pasal masa memang tak cukup.kalau sekolah,dengan kelas tambahan nya.fuhh! penat ko! tapi cuti-cuti nie pun tak best jugak.seminggu jek! tak boleh nak enjoy macam form 2 dulu.bole enjoy sampai satu sekolah kenal aku .sampai masuk rekod disiplin kot, ok stop! cerita dulu..jangan ungkit

see comel kan burung tuh :) creadit to: pakcik google!


tapi sekarang,hanya aku dan buku uwaaa nak kena buat homework setinggi gunung kinabalu,ya saya ulangi setinggi GUNUNG KINABALU bayang kan~ waaa.hiperbola gila ayat.


ok stop membebel kat belog ni,kerja tak jalan jugak :)




nota kaki: "cikgu nanti bagi HOMEWORK setinggi gunung everest pulak taw.saya tak kesah
bagi lagi banyak,
lagi saya saya sayang cikgu" :)

perempuan dan banyak bekas kekasih.

tiba – tiba tergerak nak post entri lagi. nampak sangat aku dah bosan tahap dewa dewi. kali ni nak cerita pasal perempuan dan memandangkan aku pun perempuan, dah tentu la aku lebih arif dalam hal ni berbanding lelaki. ceh,poyo

adat la bila bercinta, lepas tu putus. yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pulak yang tak ada ikatan yang sah. itu bukan hal yang aku nak ketengahkan kat sini.

apa pandangan kau dan orang, bila seorang perempuan yang pernah couple sampai 7 – 8 kali atau lebih daripada tu? couple dengan seorang mamat ni, sebulan lepas tu terus putus. sebulan lepas tu jugak terus dapat pengganti baru. macam ganti baju pun ada. dia pikir macam membeli – belah kat baju bundle kat pasar malam ke apa?

mungkin korang akan cakap, perempuan jenis ni sebenarnya playgirl. tak pun, korang akan cakap perempuan yang macam ni jenis yang nak test market je. mentang – mentang ada rupa, cantik, pandai.. senang cerita semua perfect, terus list – kan sparepart yang patut ada dalam carta. what the..?

perempuan yang ada sampai 7 – 8 bekas kekasih ni, mungkin korang akan anggap dia murah gila! senang je nak dapat. dia pun senang je nak bagi hati kat orang lain. baru lepas putus, kenal – kenal dengan sorang mamat ni, then bagi ayat – ayat cinta sikit, terus couple. lepas tu putus, dan terus dapat baru. macam roda basikal pulak. ada kitaran – kitaran macam tu.

perempuan dan banyak bekas kekasih.

jangan salah faham. aku taknak cerita la pasal perempuan playgirl, kikis duit lelaki, nak test market, materialistik bagai. itu lantak diorang la. yang aku nak cerita sebenarnya kat sini, bila perempuan yang betul – betul nak jadi setia tapi ada banyak bekas kekasih. perempuan yang betul – betul nak serius dalam hubungan diorang tapi ada banyak bekas kekasih. perempuan yang betul – betul ikhlas dalam hubungan diorang tapi ada banyak bekas kekasih.

selalunya, perempuan yang banyak bekas kekasih ni, ada cerita silam diorang yang tersendiri. dan selalunya, perempuan ni yang tinggalkan kekasih diorang. mungkin pengalaman cinta pertama dia yang pahit. siapa tahu?
kalau korang ada girlfriend yang ada banyak bekas kekasih, berjaga – jagalah! haha. itu kalau yang memang playgirl. kalau yang macam aku maksudkan tadi, lebih baik korang jangan letakkan kepercayaan korang pada tahap paling rendah bawah tapak kaki terhadap dia. janganlah korang sampai tak boleh nak percaya dia langsung. cuba faham hati diorang. diorang pun tak mintak ada banyak sangat ex.

jangan terlalu mencari kesempurnaan.

dah. lepas ni nak buat cerita pasal lelaki dan banyak bekas kekasih. sebab lelaki selalu ditinggalkan. eh?

nota kaki : nak golongkan aku dalam perempuan jenis ni? . mungkin ya. entah,masa aku zaman jahiliah dulu pernah la... tapi jujur, aku tak suka ungkit perkara silam,

nak balik!

first macam ni

wayar dalam otak aku hampir terputus dan hampir effect pada mata

effect pada hati dan tangan juga

then mula lah rasa nak marah-marah orang..apa tengok-tengok penumbuk nak?

lastly..rasa macam nak bunoh orang.tension nih


mesti kau pening kan..apa laa yang aku meroyan sorang-sorang nie..meh nak story

isk2..isk2..sob2..uwaaaaaaaa!.ok stop! tak boleh sedih weh..belog nie da jadi mengong..hilang habes follower aku yg dlu hampir 1 k isk2..sedih nya..tulah..spa swoh tukar jadi classic template..suka buat-buat pndai..kang da jadi macam nie..sob2..kembali kan..follower aku,lagu aku,text2 aku dlu..even picture aku pun aku nak balek.. nakkkkkkk..balek
nota kaki:maaf kpada sesapa yg aku termarah haritu tension beb!

hati wanita umpama balang kaca


Hati wanita umpama balang kaca,
sekali ia terjatuh,
langsung retak lalu pecah berderai ..
Biarpun dibaiki kembali,
ia tidak akan menjadi seperti rupa asal,
kedapatan cacat, lukanya yang berbekas,
dan tidak lagi bisa digunakan seperti asalnya ..
p/s:
hargailah hati wanita :)

exam da selesai..tutup buku


Akhirnye ! abis gak exam.. da sesak otak aq dok jawab exam ... banyak jugak la ilmu yang aqu sumbat dalm otak supaya ingat tu la kau,telan megi bnyak2 lagi naik juling tengok paper exam..tambah2 maths. 3 mnggu wok ! eh silap-silap 3 hari je 3 hari tak post entry huih~ tak selesa hidup bhai,da lme gak x mnaip kat sini an... busy bce bku ? hak3,, dok eyh.. aq bce bku ? rajin sngat..muka buku pun aq baca sekali..buku bku nan aq bagai lngit nan bumi ! chewah, masok lif tekan sendiri , eyh sala~ berperibahase la ...masok bakul angkat sendiri kui3, aq mls nk online + mls nk mnaip.. so ary nie nk lpas gian ber'facebooking' dan ber'blogwalking' nak join? jum!

nota kaki: ada budak baru masok kelas aqu..comel laa jugak..tergugat saham aqu

waktu exam tak boleh tidur la.. kenapa ?

aku suka study tengah-tengah malam.masuk je apa yang aku study kat dalam kepala otak ni.tapi bukan setiap hari la.sebab aku ni suke tidur awal,then bangun pukul 3-4 pagi sebab nak study.waktu-waktu macam tu memang senang sikit nak belajar.sunyi je.kadang-kadang seram jugak la.duduk hostel bangun waktu macam tu memang semua orang tengah syok buat peta dunia.jadi,aku je la yang semangat bangun pagi-pagi buta macam tu.eleh.apa nak kesah sangat.waktu prep pun aku selamba badak je tidur.padahal waktu tu memang kena study,aku pulak yang sibuk-sibuk buat air liur basi.haihh.memang patut la aku bangun pagi-pagi buta macam tu sebab nak ganti balik masa yang aku dah buang suka hati tu.hehe.

bila tiba je musim exam,semua orang bertungkus-lumus nak belajar.time time macam tu jugak la sibuk sibuk nak study balik bab 1 sampai bab 10.woaahh!bila nak khatam tu?sampai seminit lagi exam nak mula pun takkan masuk dalam kepala.ahaa..yang bukan cerdik pandai macam aku ni memang suka study last minit.yang cerdik pandai tu tak payah cakap la..semua dah ada dalam kepala.otak diorang power.otak aku je yang agak lembap macam kura-kura berjalan.wakaka!lembap betul..tapi kelajuan berukband dekat umah nenek aqu ni lagi lembap kot.haihh.

esok nak exam,malam ni study.study sampai la tengah-tengah malam.waktu tu la nak study hard.kalau tak,harapan je la.ok.dah nak masuk point yang sepatutnya.perhatian!calon yang mengambil peperiksaan tidak dibenarkan tidur sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.aiyoyo!dah la tidur waktu exam memang dah jadi hobi aku.memang tak la kan kalau macam tu.kalau nak tau la kan,dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah,aku tak pernah tak tidur waktu exam.sebab tu result gempak-gempak je.hehe.hiperbola gila .tapi,bila ada arahan tak boleh nak tidur waktu exam,terus result aku jadi macam nak kena sepak je.

dekat sekolah aku dulu,arahan pertama keluar bila pengetua buat annoucement waktu exam.time tu pulak aku tengah syok tidur.arahan dia bunyinya lebih kurang macam ni,"perhatian kepada semua pelajar,anda tidak dibenarkan tidur sewaktu peperiksaan sedang dijalankan.cikgu-cikgu,tolong kejutkan pelajar yang tidur."hekeleh.potong stim betul la tuan pengetua ni.aku baru je nak mimpi jawapan untuk kertas exam ni.haihh.geram pulak aku.haha.sampai macam tu sekali kan.contoh tadi tu aku dah banyak edit.kalau announcemnent yang sebenarnya kalau dengar balik,memang lawak gila.wakaka!tu la alkisahnya kenapa tak boleh tidur waktu exam.nanti tak pasal-pasal bala yang menimpa .oiitt..gila panjang entri ni,merapu meraban ke?haa..tak tau la.korang la yang judge sendiri k.sekian,terima kasih.

nota kaki : kat sekolah dulu,cikgu snap gambar siapa yang tengah sibuk buat peta dunia.lepas tu cikgu buat tayang kat fbkata kau..tak penah pun tayang pic aqu .ishh.

exam oh exam


now, sume sedia maklum yang bulan neh adalah musim exam especially bagi budak2 skola menengah. so, macam2 ragam yang kite boley nampak espcially di wall post FB. de yang stress, de yang ok, de yang ko n macam2 la... haha..tue lha sape suroh korang tak baca buku..kan da kelam kabut.haku pun sma lha. esok nak exam bawu sume kelam kabut nak study lor, bwat notes lor, cari notes2 lama lor... haha... bila d kenang kembali it's looks funny ryte ! =) ni sume akibat suke bwat keje last minit ! contohilah sayahaha... =P tapi ape2 pon exam tetap exam, walau nervous ke, takot ke, wateva punya pasaan la, kite kena tempuhi jugak coz itulah lumrah seowang pelajar. hehe... (cakap penuh motivasi okeyh ! )

*p/s: nyway, to all my fwenz n my blogger fwenz n I yang tengah nak exam i wish u GUD LUCK & ALL DA BESH ! do ur besh okeyh. =)

L.O.V.E!




1. Love is never measured by the times he made you laugh,
but by the number of times he made you
smile after you cried.

2. There are a lot people who call you by your name, but there is only
one person who can make it sound
so damn special.

3. Never waste time on someone who doesn’t have time for you. Be with someone
who will say “time is wasted if I am not with you”.

4. I want to love someone whose heart has been broken, so that
he knows exactly how it feels and
won’t break mine.

5. The person who has truly loved you is the only one who has the strength
to accept your mistakes and forgive you.

6. You’re the guy that makes me laugh, the guy that makes me cry, the guy that makes me
want to punch the wall out of anger, but at the end you’re still
the one I’ll love forever.

7. Love doesn’t make your world more colorful. It just opens your eyes
to what you can’t see before.

8. I hate the fact that you ignore me for so long, then you start talking to me like
nothing happened and by saying the simplest things, you can make me smile again.

9. Don’t choose the one who is beautiful to the world. Choose the one
who makes your world beautiful.

10. Time slows down whenever you’re around

rindu KAMU belog :)

Ala rindunya! Rindunya! Dekat seminggu lebih tak update apa-apa. Semua ni sebab sibuk dengan kelas tambahan yang berderet-deret lagi.nie x masuk dengan kelas tambahan malam.,ayooo~ penat lha..pengetua..tolong reduce sikit aktiviti budak form 3 bole tak? bole lha *BODEK* hehe..anyway~ kemalasan nak meng*update* belog nie makin hari makin meningkat..yaa..makin meningkat! haha hope tak laa sampai kritikal kan-kan..:) pastu nanti terhegeh-hegeh nak buat belog baru,itulah *saya* then mula laa nak berserabut kepala hOtAK bagai nak pecah pikir cmne nak buat belog baru kan~ haaa..tambah-tambah berserabut dengan budak2 *PBM* ..saya ulangi *PBM *yaa..bukan PBSM tapi PBM! nak thu apa dy? bukak kamus cari kehy! oke..malas laa nak cte pasal geng2 *PBM* tuh..kang nanti berserabut wayar dalam otak aqu..pening!oke bye!

maulidur rasul lebih baik dari velentine

"Hello der, orang lain pun ade awek jugak, lagi cantik dari kau punya awek, tapi takde pun nak sambut Valentine's Day bagai pun. Kecoh la!"

"Hello cik kak, orang lain pun ade pakwe jugak, handsome pulak, tak beriya pun nak sambut Valentine's Day."

Baru couple sebulan dua, dah beriya nak sambut Valentine's Day bagai, belum nikah lagi pun. Orang yang dah kahwin 10 tahun pun takde la nak sambut Anniversary setiap tahun, korang pulak yang beriya-iya nak celebrate Valentine's Day bagai. Hellooooo!! Couple je pun, belum nikah lagi.

Dan yang pasti newspaper bertarikh 15.2.2011 nanti, confirm punyalah ada keluar cerita pasal "Pasangan remaja ditangkap khalwat", "Pasangan remaja bercumbuan", "Pelajar Universiti antara yang ditahan di hotel". Tolonglah, malas nak baca, cliche sangat. Patutnya headline newspaper tu kene tukar kepada "Pasangan remaja TAK SEDAR DIRI!". Baru ada akal.





Baiklah korang sambut Valentine's Day dengan mak bapak korang. Mana datangnya korang kalau bukan dari benih sperma serta ovum mak bapak korang kan? Terima kasih.

BTW, sehari selepas Valentine's day adalah merupakan Maulidur rasul. Tak malu ke korang?

tired!!! wuahaha~

just finish shalia alisya 's cukur jambul kenduri kecil-kecilan..and im feeling so tired n sleepy.need to woke up early in the morning..not my habit actually..anyway pity my niece~ sudah jadi botak..alolo~..x pe nanti rmbut akan tumbuh semula..maybe more cute~ like me~ nyiahaha ,,perasan..oke..bye ..continued duin homework yg bertimbun seperti gunung kinabalu..bye!

hey!

1. iloveyou , but im scared SHE hates me
2. iloveyou , but ur a player
3. iloveyou , but u always reject when i say iloveyou
4. iloveyou , but sometimes i dun love you

lol~!


mamat nie pehal antar realtionship nie? bukan kite da clash kah? reject je lah! :) jahat aqu kan? haaa~

oke! saya nak white! :)

selalu orang minta tips hilangkan jerawat dimuka..
yang aqu ni pula nak minta tips macam mana nak putihkan muka..huhu..
biarla lain dari yang lain sikit..
nak kata obses nak muka putih tu tak la..cuma nak kembali pada yang asal..


huhu..saja gatal nak minta petua..mana tau korang ada petua yang penah diamalkan
sampai muka jadi putih melepak..huhu..
mana tahu ada petua tradisional turun temurun dari nenek moyang maybe
haaaaa....best tu..nak juga..
boleh la kongsi2 dengan saya..
leh juga kongsi2..sharing is caring kan? haaa..
makin hari kulit muka makin gelap..ya saya ulangi semakin GELAP ya..yela tiap2 hari sibok dgn program skola~ x pe redha jela..naseb2
jom kongsi macam mana nak putihkan muka ni. :)

aqu reka..aqu punya suka lha~ :)

blog ni, dah macam makanan ( aqu reka,aqu punya suka lha!)

hari hari nak kena mengadap makanan..
tapi tak semestinya hari hari selera kita sama..
semalam makan nasik, hari ni mungkin rasa tak lalu nak makan nasik..mungkin nak makan roti je..
ada jugak time time bila rasa terlebih berat, nak jugak diet, tak makan langsung..

macamtu la blog pun..
semalam, rasa macam macam nak tulis..pulun menulis, sehari ada 3 entry..
tapi hari ni, idea apa pun tak mari.. jadi tulis sikit sikit..
ada jugak masa masa bila rasa taknak menulis langsung..so blog terbiar tanpa update..

sama kan, makanan dengan blog? :p


takde ilham..
mood kelaut sikit hari ni..
(kau tu bila nye mood tak ke laut, bukan hari hari mood swing ke?)


nak cuti lagi la.. pegi pantai release tension..

takpun, berenti skola, jadi tokey jamu..
daripada bosan mengadap paper exam, cikgu2,buku teks yg menebal, nak kena amek exam pulak taon nie, baik mengadap botol jamu, barang kecantikan, ubat rapat, maajun kacip patimah.. boleh tolong orang jadi cantik.. curlast!

cakap macam orang tak bersyukur.. hmmphh..
baru susah sikit..
esok esok mungkin senang..
insyallah
eh?


pelajar harapan sekolah! :)

hahaha! nak tergelak aqu..x sngke aqu dpat jadi pelajar target untok PMR..heee:) yeah! semakin penat laa kot..tapi x pe..PMR punye psal aqu peduli ape..kan2..asal 8A suda..kata nye ada klas mlm.so aqu x tawu laa nak pegi tuisyen or klas mlm tuh..actually x wajib pun bagi outsider..asrama wajib lha..x tawu laa nak pegi mna~..nanti laa pikir2 pikir kan! k laaa entry pendek jek! x da idea..heehee






semangat wehy!

bf baru aqu sehy!

haa..entry kali nie..aqu nak cita pasal husband baru aqu~ haa~ x caya? haa meh nak tunjuk pic dy dulu



haha~ ensem kan? kan2 aqu da kata,dy la bf aqu tuh~ jeles ea?huuuu~ meh nak story sikit psal dy~ nama:Peter Gene Hernandez a.k.a BRUNO MARS( beza sungguh dgn nma femes)

birth:October 8, 1985 (uish! beza bnyak kot,tapi aqu peduli apa?)

tmpat lahir:Waikiki, Hawaii, USA (jaoh doe..cmna nak meminang? x pe..naek flight! haaa kan senang)

a'ah~ yg tu je la aqu tau pun psal dy..hee~




sje nak bagi korang cemburu! nyiahaha!

sukan tara~

ayooo~ esok...esok..esok ada sukan tara~aduh~ mempi ngeri~ selalu kalo ada sukan tara mesti ada lari2,lompat2,adeh! ta suka! lol..kalo x pegi skola kna bagi surat pulak..erm~ nak pegi ke tak..? thinking2 ..uish! x mo laa..tapi kena jugak..nak bagi alasan ape kalo paren tnya..haha! pikir2 kan alsan..tapi alsan apa2 pun mesti ada bukti~ ayoo..pegi je laa..terpaksa! isk2..! pic yg bawah tuh p/s:bole kan aqu berlari mcm nie? ouh no,no..dlm mimpi pun belom tentu daa~


pabila kepenatan melanda

uish! bersawang blog aqu da noh~...haha..malas nak update..tapi nak ada jugak blog~ hee,oke! entry nie nak cita psal klas tmbahan yg membosan kan,menyedihkan,memenatkan,mejelikan,mengantokkan memacam lagi lha~ pagi skola mula pkol 7,30..pastu balek pkol 2,30..then outsider x bole balek pulak,dengan baju yg bepeluh2 dan kepenatan pun kna pegi klas tmbahan~ uish! kna pegi solat kat surau..penuh n sesak kot! yg nie yg buat kemalasan lagi menggunung nie~ pastu kalo x hadir nanti kna pnggil dngn cikgu RAHMAH pulak (buat caps lock sebb geram!) ayoo~ penat2 balek terbuntang atas katil..malam ada tuisyen~ owh..naseb ingat pmr ja..kalo x x pegi da~ xpe BEKORBAN~ :)

gaduh =,=

hari ni enam haribulan satu dua ribu sepuluh.huhh~ aqu x taw laa apa msalah member n geng2 aqu.gadoh jaa kja.yela aqu kan outsider.mna laa nak amek twu sal geng2 aqu yg stay asrama.pastu gadoh x mau cta aqu lak..cta pun aqu x phm.erm~...papa pun aqu mlas aa nak msok campoq hal dpa ni.g pun da besaq pndai2 pikiaq aa..mlas aa nak gadoh..malu kat junior wei!pastu masok rekod disiplin.x pasai.x suka tol.tu lah mlas nak gadoh.tapi seriously aqu ckp aqu syg wehy member2 aqu suma..aqu tataw nak sokong spa sebb aqu x taw cta sebenar..erm~..aqu hope2 laa depa baek2 balik..amin~

pertanyaan untuk CINTA!

Cerita ini, tiada kena mengena dengan kisah hidupku, ia hanya sekadar informasi yang boleh kita pelajari dan dipelajari sebelum dan masa akan datang. Insyallah. Waktu ini, aku hanya cintakan kerjaya, impian, harapan dan yang paling ku cintai adalah ibubapa serta rakan-akanku…

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA