CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

aku bukan mencari pengikut,tapi pembaca..

malam ini aku bercerita lagi. sudah puas aku bercerita tentang rasa bosan aku. meluahkannya dengan pelbagai cara. dari gambar hinggalah ke suara. belum cukup aku melampiaskan rasa bosan aku di sudut yang aku anggap suatu picisan ini.

aku suka bercerita. juga menulis. menulis sesuatu yang aku mahu. adakalanya aku anggap blog ini sebahagian dari hidup aku. sebahagian dari aku yang melengkapkan sebahagian cerita. ya, mungkin ini juga aku anggap diari. apa yang aku tulis, semua dari hati sendiri. ruang akal yang ligat berfikir mengatur ayat yang akan aku jelaskan di ruangan ini.

aku menulis di sini bukan untuk mencari pengikut. sedikit pun tiada rasa seperti itu di hati ini. cerita yang aku tulis, hanya mahukan sedikit manusia yang meluangkan sesaat duanya di sini untuk membaca segala ekspresi aku tiap hari. itu pun sudah cukup puas bagi aku.

bila melihat yang lain makin taksub mengejar pengikut dan bukannya pembaca, sedikit meluat bertandang di hati. mulut terkumat-kamit menyumbang makian. ahh, itu hal mereka. perlu aku peduli?

ya, aku akui. aku mungkin tiada pengikut di ruangan picisan ini. hanya ada sedikit manusia yang sudi bertandang mata menjengah blog ini. ini mungkin entri meraih simpati. tapi tidak bagi aku. hanya sekadar luahan ikhlas dari hati.

terima kasih pada yang membaca. aku senyum di sini. puas rasa hati bila apa yang dipendam terluah. aku ibaratkan di sini, yang membaca itu adalah orang yang betul-betul menyokong. dan yang hanya bertindak sebagai pengikut tapi tidak membaca hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’,’cakap tak serupa bikin.’ oh, begitulah rasanya.


bawa hala tuju sendiri. aku hanya penulis blog. bukan artis yang dipuja ramai. hanya menulis tentang diri sendiri, bukan soal hidup orang lain. mungkin aku agak keterlaluan bercerita tentang hal aku di sini. tapi, ada yang perlu kisah?

nota kaki : esok sekolah,tapi mata belum terpejam,macam mana ni?