CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

arghh!saya benci segala apa yang melibatkan perasaan.

tak suka.tak suka.tak suka.maknanya,benci,benci,benci.ah,sudah!mula dah saya nak mengarut waktu-waktu macam ni.mahfuzah..kenapa ni?tiba-tiba je..kenapa?story sikit.ececeh..nak pujuk diri sendiri konon.cik fuza,anda dinasihatkan supaya tidak hipokrit dan menipu diri sendiri.ya,saya tau lah.kenapa awak sibuk.diri saya,hati saya..bukan awak kan?

*korang baca je lah.sampai korang tak faham.^ ^

hmm..kenapalah dengan saya ni kan?teruknya saya.ish..ish.betapa bodohnya saya.wah!sekarang baru nak mengaku diri tu bodoh.aiseymann..saya taklah bodoh mana.setakat nak kira 1+1 tu,bolehlah saya dapat jawapannya.

*persoalannya kat sini,takkan bodoh tahap tu kot saya ni??haha.

ok.berbalik pada tajuk entri.saya pun tak tau lah kenapa tiba-tiba je tajuk entri boleh jadi macam tu.hmmm.secara jujurnya,saya memang tak suka ada perasaan[feeling2,cintan-cintun] dan tak suka jadi perasan.hoho.dah pernah jadi ke ni cik fuza???hah.ambik kau,aku tak nak jawab.

maaf pada sape-sape yang saya layan terlebih terkurang.bila dah terlebih,mestilah ada menaruh perasaan[perasan lah tu] dan seterusnya meletakkan harapan yang tersangatlah tinggi macam puncak everest tu.ok.bagi yang terkurang tu pulak,hehe..maaflah.tak sengaja tu.bukan pilih kasih,kadang-kadang takde feel nak layan lebih-lebih,sebab tu jadi macam tu.ahaks!

sebenarnya,apa yang cuba saya sampaikan ni,jangan salah faham dengan layanan diberikan.jangan sangka,dia layan korang manja-manja means dia suka kat korang.dan jangan anggap dia layan korang macam nak tak nak je means dia benci kat korang.again,jangan salah faham dengan layanan yang diberikan.

ok.cukup sudah untuk entri kali ni.daa..

pemadam oh pemadam :)

orang bijak pandai panggil pemadam.kalau orang kampung kata raba[rubber la oii.. otak jangan pikir lain.hehe].omputeh cakap eraser[tanya kat adik pemadam dalam b.i apa?adik kata,eraser la.teruk gila kakak ni tu pun tak tau ke?malu malu.]

time sekolah rendah dulu,pemadam ni kira aset penting la yang wajib ada dalam pencil box tu.mana taknya,dulu dulu kan kalau nak tulis nota yang ada kat papan hitam tu kena pakai pensil.kalau salah,nak padam guna apa?guna pemadam la.tapi kan..pemadam aku ni,asyik hilang je.hari ni beli,hari ni guna,esok dah lesap dah.padahal,jatuh kat bawah meja je.mentang-mentang la pemadam murah.satu seposen je.alaa.. pemadam yang ada banyak gambar kartun tu.ada gambar doraemon la,power rangers la,hello kitty la.murah je kot.tapi cantik.

pemadam jenis ni,perempuan suka la,tapi kadang-kadang menyesak kan nafas jugak ya,

time darjah 3 dulu,pernah tertengok sorang budak ni padam guna air liur je.haihh.tak selero aku nak tengok buku dia.gila comot!selekeh.ada ke padam guna air liur.eii..kot kot la air liur dia tu air liur basi kan.aahhh..geli la.tolong la jangan jadi pengotor macam tu.eh,korang pernah buat eh?alalaaa.. tak nak mengaku pula.saya tak pernah buat ok!buku sayasangat kemas.tulisan bulat-bulat je.wahh!nak bangga sikit.

budak-budak sekolah rendah bawak belanja sehari seringgit.tak kaya dengan duit.tapi boleh kaya dengan pemadam.beli pemadam banyak-banyak.lepas tu kitorang main lawan pemadam.hoho.best ke?rasa bosan je kot.bila pikir-pikir balik kan..kenapa la aku ni bengap sangat pergi main benda alah tu.heh.budak perempuan pun join sama tau.bukan budak laki je.tapi selalunya..budak laki la yang kumpul pemadam paling banyak.ada la jugak dalam dua bekas pensil.boleh bukak bisnes jual pemadam dah macam tu.
tahun lepas kalau tak silap,check beg sekolah adik penuh dengan pemadam.haa..ni yang buat aku membebel sepanjang masa je.orang pergi sekolah belajar,dia pergi sekolah kumpul harta[pemadam].haha.padahal dulu selalu je buat.lepas tu nak membebel kat adik pulak.biasa la budak sekolah rendah.dalam kotak fikiran ni memang ingat nak main je.lepas belajar mesti la nak enjoy enjoy kan.betul tak?

sekarang,bila dah tak lagi jadi budak sekolah rendah ni,takde la buat benda-benda tak berfaedah macam tu.pemadam pun dah jarang nak guna.tulis pun pakai pen,kalau salah,potong je la.kalau rajin guna liquid paper.ok la.tu je yang saya nak cerita hari ni.tepuk tangan semua!yeayyy!dah habis.. :)

hayat di tali gantung

sekadar renungan je..kite pun terbace pasal ni tadi.takut kena hukuman gantung..ngeri sungguh.so,kite nak kongsikanlah ngan korang pasal ape yang kite dah bace ni.dipetik dari .http://www.sepaku.net/roses hukuman gantung


Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


PABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.Bagi banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalank pada hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung).

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.' Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai RM7.50


HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung 'pergi dengan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.
Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Ada sesetengah banduan puas hati dan dikira nasib mereka lebih baik dari orang lain kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila dibuka pintu untuk dibawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan pegawai penjara dengan susana tenang mesra serta ucap kan terima kasih.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir. 'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya. Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.


Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.



BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik. Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara. Proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat. Kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

mulut orang, memang susah nak tutup..

kadang-kadang orang selalu berkata tentang kita. yang baik, yang buruk. adakalanya sedap didengar. adakalanya sakit telinga mendengar setiap butir kata itu. orang takkan faham apa yang kita rasa. orang tak tahu siapa diri kita sebenarnya. kata-kata orang sukar ditepis. kalau manis bicaranya, syukur. kalau pahit anggapan mereka pada kita, redha. sukar untuk setiap orang mentafsirkan kebenaran. anggapan selalu salah. mungkin bagi mereka, sukar untuk bertanya pada tuan empunya badan tentang kebenaran itu.

kata-kata orang sukar disangkal. baik kita, tak pernah pula dijadikan butir bicara. yang buruk itu, digali sedalamnya. mungkin, boleh jadi gosip hangat. itulah manusia, sekali kita berbuat baik, orang takkan nampak. aku berjalan seorang, berjumpa dengan teman aku yang lelaki itu. mungkin di tepi jalan, bertegur sapa.. apa salahnya kalau itu kawan. tapi, lain pula di tafsiran mereka. esok lusa, ada lagi yang menyapa. kawan aku juga. sekali lagi, lain yang ada di minda mereka. maaf, tafsiran anda salah. mereka cuma kawan yang aku kenal dan tak salah kalau kami bertegur. itu pun dijadikan isu?

manusia selalu berfikiran negatif. membuat andaian tanpa usul periksa. penat mendengar kata orang. biarkan saja telahan itu. mungkin mereka bukan aku. mungkin salah aku juga. ahh. lantak! itu kata aku. mulut orang bukan senang nak tutup. asyik berkata-kata, sampai tak sedar datang satu dosa. tapi, bila fikir bulan baik hari baik, tunggu la raya nanti, hulur tangan, mintak maaf. biasalah tu kan?

kepada hati itu..

kembali solo macam dulu. aku dah serik. cukup serik. tapi degil. sekarang, aku buat keputusan, putus. ya, putus hubungan. patahkan hati orang lain. sakitkan jiwa orang lain.



kepada hati itu, tabahlah. mungkin sukar.

terima kasih kerana kau faham. terima kasih untuk semuanya. aku sedih. tapi aku tahan air mata. ini bukan pertama kali. mungkin untuk kedua kali atau ketiga kali. ke sepuluh kali mungkin.

hati itu terluka. biarkan. dia perlu masa. aku takut ditinggalkan, akhirnya aku yang meninggakan.

biar sakit sekarang.

tak perlu aku cerita panjang. hati itu tahu segalanya.

nota kaki : entah. aku takde mood nak update blog kali ni.

*CAPITAL L* for you!

aku bukan mencari pengikut,tapi pembaca..

malam ini aku bercerita lagi. sudah puas aku bercerita tentang rasa bosan aku. meluahkannya dengan pelbagai cara. dari gambar hinggalah ke suara. belum cukup aku melampiaskan rasa bosan aku di sudut yang aku anggap suatu picisan ini.

aku suka bercerita. juga menulis. menulis sesuatu yang aku mahu. adakalanya aku anggap blog ini sebahagian dari hidup aku. sebahagian dari aku yang melengkapkan sebahagian cerita. ya, mungkin ini juga aku anggap diari. apa yang aku tulis, semua dari hati sendiri. ruang akal yang ligat berfikir mengatur ayat yang akan aku jelaskan di ruangan ini.

aku menulis di sini bukan untuk mencari pengikut. sedikit pun tiada rasa seperti itu di hati ini. cerita yang aku tulis, hanya mahukan sedikit manusia yang meluangkan sesaat duanya di sini untuk membaca segala ekspresi aku tiap hari. itu pun sudah cukup puas bagi aku.

bila melihat yang lain makin taksub mengejar pengikut dan bukannya pembaca, sedikit meluat bertandang di hati. mulut terkumat-kamit menyumbang makian. ahh, itu hal mereka. perlu aku peduli?

ya, aku akui. aku mungkin tiada pengikut di ruangan picisan ini. hanya ada sedikit manusia yang sudi bertandang mata menjengah blog ini. ini mungkin entri meraih simpati. tapi tidak bagi aku. hanya sekadar luahan ikhlas dari hati.

terima kasih pada yang membaca. aku senyum di sini. puas rasa hati bila apa yang dipendam terluah. aku ibaratkan di sini, yang membaca itu adalah orang yang betul-betul menyokong. dan yang hanya bertindak sebagai pengikut tapi tidak membaca hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’,’cakap tak serupa bikin.’ oh, begitulah rasanya.


bawa hala tuju sendiri. aku hanya penulis blog. bukan artis yang dipuja ramai. hanya menulis tentang diri sendiri, bukan soal hidup orang lain. mungkin aku agak keterlaluan bercerita tentang hal aku di sini. tapi, ada yang perlu kisah?

nota kaki : esok sekolah,tapi mata belum terpejam,macam mana ni?









bahasa rempit, bahasa comel, bahasa 'eww'.

tiba - tiba rasa tertarik dengan satu video di Youtube. selama ni aku tengok, blogger je yang sibuk heboh pasal penggunaan Bahasa Melayu. baik cara tulis atau cara cakap. hah, amik kau! muncul sorang mamat ni meluahkan pendapat yang ikut aku memang betul la apa dia cakap.

tulisan kali ni tak macam biasa. malas aku nak berpuitis berjiwang hari ni.

sekarang orang berbahasa ikut suka je. taknak cakap pasal bahasa mat saleh sebab aku pun bukan pandai sangat. cukup kalau kita tengok macam mana orang melayu cakap melayu. aku meluat jugak bila tengok orang sibuk - sibuk nak gatal - gatal tambah "eww" kat belakang ayat diorang tu. baik sms, facebook, ym, kalau boleh dalam karangan pun.

"sapeww nak bawak kiteww jalan2 nieww?"

bahasa comel ke, bahasa gedik? korang pilih sendiri. haha. ada jugak sesetengah blog yang cuba selit - selit ayat - ayat macam ni. terus aku tekan pangkah. bukan nak kata aku poyo ke apa. sebab dah aku tak faham. baik aku blah capat- cepat daripada aku maki - hamun dia. kan?


ni lagi satu, ada jugak yang gatal - gatal tangan tekan shift atau caps lock bila menaip. mungkin dia rasa comel sangat la tu bila taip macam tu. rasa macam lempang je

"aQ wiNdu cgT2 Kt diEeW... bLeww BLey JuMPeww nIEew..???"

baiklah. rasa macam nak lempang jek. sorry emo sikit serious naik juling jugak biji mata aku nak faham apa yang dia cuba sampaikan dalam mukabuku. maaf kak / dik, tak sengaja nak kutuk. memang sah - sah aku terus cop orang yang tulis macam ni gedik.

ada jugak yang suka tekan tanda noktah tu berpuluh - puluh kali. macam ni......... ada jugak yang suka nak tekan tanda soal tu dua tiga kali. macam ni?????????? apa masalahnya? letak satu titik, satu tanda soal dah la. kalau dalam blog amatlah tak digalakkan guna tanda noktah banyak kali, tanda soal banyak kali. faham kan? nak baca pun rasa macam nak mengeja je nanti.

agak - agak macam dah panjang sangat aku taip.

aku pun bukan siapa - siapa nak mengkritik orang lain. aku pun buat sama yang sebenarnya. jadi, ada baiknya kita cuba tulis macam biasa. buat apa nak naik taraf lagi bahasa, kalau dah punya sedap lenggok ayat dia. eh? macam pelik je bunyi.

err.. jangan condemn aku dah la sebab buat entri macam ni.


nota kaki : esok ada exam la,buku tak baca lagi, macam mana ni?. haihhh

time muda-muda dulu,

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. lg satu Gaban, Suria Perkasa (Baja) Hitam.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan . mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan... kan ?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM2000, BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 3 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan terpikir utk
forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...hehehe

creadit to: hencek kamikaze :D

sayang,i rindu u la..

rindu sangat-sangatlah.rindu sampai tahap maksima dah ni.lama jugak pendam perasaan rindu ni.ada jugaklah dalam seminggu.tak tahan rasanya.macam nak gila dah.nyaris-nyaris je kena hantar tanjung rambutan.nasib baiklah doktor psikiatri tu baik sangat-sangat dengan saya ni.

ya!saya rindu blog saya ni.lama sudah tidak diupdate.dah bersarang labah-labah dah blog aku nie.rindu nak mengarang cerita mengarut.rindu nak berblogwalking.rindu nak cerita itu dan ini.ya!rindu sangat-sangat.korang rindu saya ke??macam tak je..saya bukan penulis blog yang famous.jadi,kalau nak update blog seminggu sekali pun takpe kan??kan?

entry macam enn ? hahaha pancing je tu , padahal aku da lama tak update blog , sangat busy oke ! bukan apa , busy dengan study la sangat. teringat nak update blog nie pon sebab aku asyik tengok orang asyik post je blog dorang kat status , terase dengki jugak . Well ! sebenarnya bukan senang nak update blog kalau takde cerita :) heh !


very busy now,herghh~ when you oeverworked yourself, then you will reach the state where you are mentally distressed and exhausted.. that’s what happening to me.ok,malas nak update blog,tapi rajin joging blog orang :)


nota kaki:rindunya..nak blogwalking..blog siapa ye saya nak terjah??