CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

perempuan dan banyak bekas kekasih.

tiba – tiba tergerak nak post entri lagi. nampak sangat aku dah bosan tahap dewa dewi. kali ni nak cerita pasal perempuan dan memandangkan aku pun perempuan, dah tentu la aku lebih arif dalam hal ni berbanding lelaki. ceh,poyo

adat la bila bercinta, lepas tu putus. yang berkahwin pun boleh bercerai, inikan pulak yang tak ada ikatan yang sah. itu bukan hal yang aku nak ketengahkan kat sini.

apa pandangan kau dan orang, bila seorang perempuan yang pernah couple sampai 7 – 8 kali atau lebih daripada tu? couple dengan seorang mamat ni, sebulan lepas tu terus putus. sebulan lepas tu jugak terus dapat pengganti baru. macam ganti baju pun ada. dia pikir macam membeli – belah kat baju bundle kat pasar malam ke apa?

mungkin korang akan cakap, perempuan jenis ni sebenarnya playgirl. tak pun, korang akan cakap perempuan yang macam ni jenis yang nak test market je. mentang – mentang ada rupa, cantik, pandai.. senang cerita semua perfect, terus list – kan sparepart yang patut ada dalam carta. what the..?

perempuan yang ada sampai 7 – 8 bekas kekasih ni, mungkin korang akan anggap dia murah gila! senang je nak dapat. dia pun senang je nak bagi hati kat orang lain. baru lepas putus, kenal – kenal dengan sorang mamat ni, then bagi ayat – ayat cinta sikit, terus couple. lepas tu putus, dan terus dapat baru. macam roda basikal pulak. ada kitaran – kitaran macam tu.

perempuan dan banyak bekas kekasih.

jangan salah faham. aku taknak cerita la pasal perempuan playgirl, kikis duit lelaki, nak test market, materialistik bagai. itu lantak diorang la. yang aku nak cerita sebenarnya kat sini, bila perempuan yang betul – betul nak jadi setia tapi ada banyak bekas kekasih. perempuan yang betul – betul nak serius dalam hubungan diorang tapi ada banyak bekas kekasih. perempuan yang betul – betul ikhlas dalam hubungan diorang tapi ada banyak bekas kekasih.

selalunya, perempuan yang banyak bekas kekasih ni, ada cerita silam diorang yang tersendiri. dan selalunya, perempuan ni yang tinggalkan kekasih diorang. mungkin pengalaman cinta pertama dia yang pahit. siapa tahu?
kalau korang ada girlfriend yang ada banyak bekas kekasih, berjaga – jagalah! haha. itu kalau yang memang playgirl. kalau yang macam aku maksudkan tadi, lebih baik korang jangan letakkan kepercayaan korang pada tahap paling rendah bawah tapak kaki terhadap dia. janganlah korang sampai tak boleh nak percaya dia langsung. cuba faham hati diorang. diorang pun tak mintak ada banyak sangat ex.

jangan terlalu mencari kesempurnaan.

dah. lepas ni nak buat cerita pasal lelaki dan banyak bekas kekasih. sebab lelaki selalu ditinggalkan. eh?

nota kaki : nak golongkan aku dalam perempuan jenis ni? . mungkin ya. entah,masa aku zaman jahiliah dulu pernah la... tapi jujur, aku tak suka ungkit perkara silam,

0 comments: